Doa akhir
tahun:
dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau
sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan
berkata:
“Kesusahan
bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah
binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan
dosanya setahun.”
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang
memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan
kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya allah, sesungguhnya pada tahun ini
aku telah melakukan laranganMu tetapi aku masih belum bertaubat sedangkan
Engkau tidak reda dan melupai perkara itu. Engkau telah menangguhkan azabMu
yang telah ditetapkan kepadaku. Engkau telahmemerintah supaya aku bertaubat
dari kesalahan itu. Sesungguhnya pada hari ini aku memohon keampunan dariMu,
ampunilah aku dan apa yang telah aku lakukan pada tahun ini yang Engkau redai
dan Engkau janjikan pahala maka aku memohonnya daripada Engkau. Ya Allah, Ya
Karim, Ya Zaljalali Wal Ikram.
Selawat dan salam ke atas junjungan kami
Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya. Segala
puji hanya bagi Allah, tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian
alam…Amin…
Waktu membacanya:
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir
waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa
yang membaca doa ini maka akan berkata syaitan, “Kesusahan bagiku dan
sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada tahun ini dan Allah akan membinasakan
aku pada saat itu juga. Dengan membaca doa ini allahakan engampunkan dosanya
setahun.”
Doa awal
tahun:
dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam
satu Muharram.
Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan
berkata:
“Telah amanlah anak Adam ini daripada
godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya
daripada fitnah Syaitan.”
Segala puji hanya bagi Allah, Tuhan yang
memelihara dan mentadbir sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan
kami Nabi Muhammad s.a.w serta ahli keluarga baginda dan para sahabatnya.
Ya Allah, Engkaulahyang kekal abadi
untuk selama-lamanya. Demi kelebihanMu yang Maha Agong dan kemurahanMu yang
melimpah, sesungguhnya pada tahun ini aku memohon kepadaM perlindungan daripada
syaitan yang direjam, dari sekalan kuncunya, tenteranya dan penolongnya. aku
juga memohon perlindungan daripada nafsu amarah yang sentiasa mendoong ke arah
kejahatan danmelalaikan dengan perkara yang tidak berfaedah daripada
mendekatkan diriku kepadaMu.
Selawat serta salam ke atas junjungan
kami Nabi Muhammad s.a.w. serta ahli keluarga baginda dan paa sahabat. Segala
puji hanya bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbir sekalian alam….Amin…
Waktu membacanya:
Doa ini dibaca 3 kali setelah masuk
waktu maghrib pada malam 1 Muharram, Sesiapa yang membaca doa ini maka akan
berkaa syaitan, “Telah amanlah anak Adam daripada godaanku pada tahun ini
kerana Allah telah mewakilkan dua malaikat untuk memeliharanya dari fitnah
syaitan.”
0 komentar:
Posting Komentar